Belum Pasti PKP Tamat Atau Dilanjutkan, Yang Pasti Penjarakan Sosial, Kerap Basuh Tangan – KKM - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, April 21, 2020

Belum Pasti PKP Tamat Atau Dilanjutkan, Yang Pasti Penjarakan Sosial, Kerap Basuh Tangan – KKM



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum memastikan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan atau dilanjutkan dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, keputusan tersebut bergantung kepada data-data yang dikumpul oleh KKM sebelum PKP fasa ketiga ditamatkan pada 28 April ini.
Tambah beliau, perkara yang pasti adalah tiada perhimpunan ramai yang dibenarkan, pengamalan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan seperti yang dilakukan sebelum ini.
Setakat hari ini, sebanyak 57 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,482 kes.
Manakala, tiga kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 92 kematian.

Sumber: siakapkeli.my 
KKM belum pasti sama ada PKP akan ditamatkan atau dilanjutkan.

Ia bergantung kepada data-data yang dikumpul oleh KKM.

Tapi yang kita pasti ialah tiada perhimpunan ramai, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan. - KPK @DGHisham@MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba
View image on Twitter
2,265 people are talking about this

No comments:

Post a Comment