Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya memaklumkan bahawa satu sidang video bersama petugas kesihatan dari Hospital Sungai Buloh telah diadakan pada pagi tadi.
Dalam perkongsiannya itu, beliau menyatakan bahawa petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh bersama ribuan petugas di seluruh negara adalah wira negara yang tak didendang.
Selain daripada itu, beliau juga turut berbesar hati untuk memaklumkan kepada petugas kesihatan bahawa dunia kini telah mengiktiraf keupayaan negara dalam menangani penularan COVID-19. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Pagi tadi saya mengadakan sidang video bersama petugas kesihatan dari Hospital Sungai Buloh, yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Kuldip Kaur a/p Prem Singh.Turut sama Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit Dr Yasmin Mohamed Gani serta tujuh anggota perubatan di pelbagai peringkat yang terlibat dalam memerangi wabak COVID-19 di hospital itu.Alhamdulillah. Mereka semua kelihatan ceria, sihat dan bersemangat untuk terus bekerja membasmi penularan COVID-19.Mereka semua bersama ribuan petugas di seluruh negara adalah wira negara. Wira yang tak didendang. ‘Unsung heroes’ yang bekerja keras sejak dari awal wabak ini dikesan. Pengorbanan mereka cukup besar dan tidak ternilai harganya.Saya bagi pihak kerajaan telah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras dan sumbangan cemerlang yang ditunjukkan mereka sehingga wabak ini mampu ditangani dengan baik.Mereka sanggup mengambil risiko berdepan sesuatu yang cukup asing, yang tidak pernah mereka tangani sebelum ini.Situasi terkini perkembangan kes COVID-19 di dalam negara yang menunjukkan trend penurunan adalah hasil peranan yang dimainkan petugas kesihatan serta semua anggota barisan hadapan seperti PDRM, ATM, RELA, JPAM dan pelbagai agensi lain termasuk para sukarelawan yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing.Saya gembira mendengar yang mereka kini sudah ada masa untuk bertemu ahli keluarga. Terima kasih kepada semua ahli keluarga mereka kerana memahami dan merestui para ‘frontliners’ bertugas.Saya dimaklumkan sendiri bahawa bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) di hospital kini mencukupi berbanding pada peringkat awal kes COVID-19 dikesan dahulu.Saya sampaikan kepada mereka yang dunia kini mengiktiraf keupayaan negara dalam menangani penularan COVID-19. Ini semua adalah kerana peranan yang dimainkan oleh mereka dan semua barisan hadapan dalam menjayakan langkah yang diambil kerajaan.Kita adalah antara yang terbaik di dunia! Namun saya ingatkan perjuangan belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lalui.Saya mendoakan semoga mereka terus melakukan yang terbaik dalam usaha menamatkan pandemik COVID-19 di negara kita.Terima kasih banyak atas pengorbanan yang diberikan.
Sumber: Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment