13 Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang | Percutian Dingin Ala Perancis - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 19, 2020

13 Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang | Percutian Dingin Ala Perancis

Tempat Menarik Di Bukit Tinggi

Pahang sudah lama terkenal dengan tarikan pelancongannya yang popular. Tetapi tidak ramai tahu bahawa negeri ini menyimpan sebuah rahsia percutian yang indah bernama Bukit Tinggi.


Meliputi kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, Bukit Tinggi merupakan sebuah destinasi percutian dingin yang terletak hanya 60 minit sahaja masa memandu dari Kuala Lumpur.
Dengan suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan fikiran, pengalaman bercuti di Bukit Tinggi Pahang adalah suata yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar. Untuk memudahkan anda merancang agenda harian semasa berada disana nanti, kami telah menyusun 13 tempat menarik di Bukit Tinggi yang pasti memikat hati.

13. Colmar Tropicale

Colmar Tropicale Bukit Tinggi
Untuk memulakan pengembaraan anda di Bukit Tinggi kami cadangkan melawat Colmar Tropicale French Village dahulu.
Dibuka oleh Berjaya Hills Resort, perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance.
Suasana kampung ini bakal membuat sesiapa sahaja yang berjalan disini merasa seolah-olah berada didalam sebuah filem eropah klasik.
Selain daripada suasana yang unik, terdapat juga banyak aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga seperti rock climbing dan mountain biking. Untuk pengalaman bercuti di Bukit Tinggi yang lengkap, anda boleh memilih untuk bermalam di resort tersebut. Kepada mereka yang merancang untuk balik hari pula, bayaran kecil dikenakan untuk melawat kawasan tersebut.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Kilometer 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

12. La Lavande Massage & Spa


Lavande Spa Bukit Tinggi
Bertempat di tengah-tengah Colmar Square terdapat sebuah spa bertema eropah yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti urut kaki refleksologi hingga ke therapeutic massage. Spa ini unik kerana ia merupakan sebuah spa mesra kanak-kanak.
Sambil anda memanjakan diri dengan tradisional thai massage, anak anda boleh berhibur dengan aktiviti menarik seperti face painting yang pasti menarik perhatian mereka jesteru memberi anda peluang untuk berehat seketika tanpa diganggu.

11. Adventure Park


Adventure Park Bukit Tinggi
Kepada meraka berani mencuba, Colmar Adventure Park menyediakan pelbagai aktiviti lasak khas buat orang yang mengejar cabaran.
Kalau anda tidak gayat, jagan lepaskan peluang untuk merentasi gaung dengan menaiki flying fox terpanjang di Asia Tenggara yang mempunyai kepanjangan 1 kilometer.
Jika bergayut dari tempat yang tinggi bukan suatu yang membawa anda keriangan, mungkin menembak rakan-rakan dengan bola-bola cat dapat menghiburkan hati.
Adventure Park juga menawarkan aktiviti paintball khas buat kumpulan kecil atau besar seperti team building korporat. Terdapat dua gelanggang paintball berasingan, setia satu mempunyai cabaran yang berbeza iaitu Capture The Flag dan Jungle Warfare.

10. Japanese Village



Japanese Village Bukit Tinggi
Sumber: Najib Nordin

Tanpa menaiki pesawat, dalam beberapa minit sahaja anda boleh menyusul dari sebuah perkampungan perancis yang romantik ke perkampungan jepun tradisional yang aman.
Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala.
Perkampungan jepun ini dihias dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei.
💲 Harga Tiket
Bayaran Masuk: Dewasa (RM12) | Kanak-kanak (RM8)

9. Botanical Garden



Botanical Garden Bukit Tinggi
Sumber: You Homestay

Jika bersiar-siar di  taman bunga kayangan luas serba panoramik itu sesuata yang memberangsangkan imaginasi, Botanical Garden Bukit Tinggi menanti kehadiran anda.
5 minit sahaja masa memandu dari Colmar Tropicale, taman yang tersembunyi di dalam Japanese Village ini mempunyai kawasan seluas 4 ekar dan menampilkan beraneka jenis tumbuhan iklim sejuk seperti pokok Strawberry dan Pear.
Sebuah walkway khas sepanjang 1 kilometer melalui taman dan menjadikan tempat ini ideal untuk berjalan santai bersama keluarga ataupun orang yang tersayang sambil menikmati kepelbagaian flora dan fauna yang menghiasi taman ini.

8. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort


The Chateau Spa & Organic Wellness Resort
Ingin merasa pengalaman seperti hidup di dalam era pertengahan atau medieval? Anda dapat merasakan auranya sekiranya menginap di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort.
Mana tidaknya, hotel ini sebenarnya dibina dengan sumber inspirasi daripada sebuah istana Perancis lama abad ke-11 yang terletak di Alsace bernama ‘Hault Koesnigburg.’ Tapi jangan salah sangka, ruangan dalamannya padat dengan keselesaan moden dan mewah untuk pengalaman penginapan yang eksklusif.
Sepanjang penginapan di hotel dengan reka bentuk klasik ini, anda boleh menikmati rawatan spa, mengikuti kelas menunggang kuda, yoga, bersauna, bermandi-manda di kolam renang dan banyak lagi.
Mengenai kedudukannya, daripada penginapan ini anda boleh berjalan kaki untuk ke tarikan utama di Bukit Tinggi iaitu Colmar Tropicale. Shuttle turut disediakan untuk ke banyak tarikan lain. Dah puas makan angin, anda boleh berehat di bilik sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan di sekitar hotel yang sungguh mengujakan.
📍 Alamat💲 Harga
Alamat: KM48,Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, 28750 Bukit Tinggi

7. Puncak Rimba (Bentong)


The Waterway Villa Bukit Tinggi - Gambar Resort
Dikelilingi oleh hutan hujan Bentong, The Waterway Villa menawarkan penginapan dalam suasana yang tenang penuh privasi lengkap dengan pakej makanan dan juga aktiviti. Bangunan The Waterway Villa ini memiliki seni reka bentuk tradisional yang telah dihasilkan dengan penuh teliti diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menceriakan hari dengan melakukan banyak aktiviti menarik seperti berjungle trekking, berenang, waterfall hike, river tubing atau melawat banyak tarikan yang terletak berhampiran seperti Kuala Gandah Elephant Sanctuary, Deerland Park dan bandar Bentong.
Lokasinya hanyalah 50 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Bagi warga kota yang ingin menghabiskan cuti hujung minggu yang singkat tanpa perlu membuang masa perjalanan, The Waterway Villa adalah pilihan yang tepat.
📍 Alamat💲 Harga
Alamat: Lot 1647, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, 28750

5. Tatami Spa

Puncak Rimba (Bentong) - Gambar Resort
Puncak Rimba adalah sebuah estet peribadi yang terdiri daripada beberapa buah villa tradisional mewah. Seperti namanya, penginapan ini terletak di puncak bukit dikelilingi oleh rimba hijau yang menyejukkan pandangan mata.
Di sinilah anda sekeluarga dapat menikmati percutian dalam suasana penuh privasi sambil melakukan pelbagai aktiviti santai seperti membaca novel kegemaran, bermain board game, berbbq atau sebagainya dengan ditemani oleh alunan rimba yang mendamaikan jiwa.
Penginapan ini lengkap dengan pelbagai fasiliti best seperti swimming pool, taman, tab mandian air panas, bilik permainan (billiard, congkak, boardgame) dan lain-lain. Lokasinya adalah di Bentong, 30 km dari Bukit Tinggi.
📍 Alamat💲 Harga
Alamat: 68 Jalan Lama Bentong, 28700 Bentong

6. The Waterway Villa


Japanese Tatami Spa Bukit Tinggi
Diiktiraf sebagai Spa-berkonsep jepun pertama diluar Negara jepun. Spa yang pernah dianugerahkan spa terbaik tahun 2007-2008 oleh Hospitality Asia Platinum Awards ini menawarkan pelbagai rawatan badan istimewa seperti skrab, tab air panas therapeutic, urut aromatherapy dan rawatan satu badan istimewa bernama Kimochi Treatment.
Disamping itu, anda dapat memilih untuk merehatkan diri di dua tab air panas berasingan, yang pertama adalah tab tertutup yang berada didalam dan kedua adalah tab Onsen yang terletak di bahagian luar.

4. Horse Trails


Horse Trails Bukit Tinggi
Di Horse Trails Bukit Tinggi, impian anda untuk menunggang kuda boleh menjadi kenyataan. Jika ini kali pertama anda menunggang kuda, anda tidak perlu risau kerana kuda-kuda disini terlatih dan jinak. Disini anda boleh melihat pelbagai jenis kuda yang berlainan baka seperti, kuda unik palamino, hingga ke baka populuar seperti Quarter Horse.
Pihak admin di Horse Trails ini mengendalikan kelas berbeza untuk setiap tahap kemahiran dan mereka juga mengadakan kem menunggang sehari untuk mereka yang berminat. Menambah kepada keajaiban pengalaman ini, anda boleh memilih  untuk merentasi laluan hutan tropika hijau sambil menunggang kuda.
💲 Harga Tiket
Bayaran Masuk: RM2 Untuk masuk kawasan Horse Trails dan melihat kuda | RM25 untuk menunggang kuda selama 10 minit.

3. Rabbit Park



Rabbit Park Bukit Tinggi
Sumber: Chee Leng Goh

Khas buat ibu-bapa yang bercuti bersama anak kecil, Rabbit Park merupakan tarikan mesra kanak-kanak dan menampilkan sebanyak 200 arnab comel yang bakal buat anak anda tertawa keriangan. Disini pelawat dapat bermain sambil bergambar dengan arnab-arnab tersebut.
Setelah puas membelai bulu arnab yang gebu, lihat pula gelagat lucu haiwan lain seperti rusa atau menunggang keldai yang jinak. Tambahan pula, anak anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan seperti kelas mengecat dan melukis.

2. Berjaya Hills Golf & Country Club

Berjaya Hills Golf Club
Sumber: Lolit Whorlow
Meraka yang ingin bercuti sambil bermain golf juga boleh berbuat demikian di Berjaya Hills Golf & Country Club. Tempat menarik di Bukit Tinggi yang telah memenangi anugerah ini mempunyai padang hijau yang membetang seluas 1.6 ekar.
Anda dapat bermain golf di Bermuda turf sambil menikmati suasana bukit yang nyaman. Kelab golf yang mempunyai 18 lubang ini pernah tersenarai didalam 20 kelab golf paling terkemuka di negara kita pada tahun 2004.

1. Organic Farm



Organic Farm Bukit Tinggi
Sumber: Patricia How

Tarikan yang dipilih untuk mengahiri entri ini merupakan sebuah tarikan eco-pelancongan bergelar Organic Farm. Untuk ke ladang tersebut anda perlu memandu. Jika anda memandu dari arah Kuala Lumpur atau Bentong anda perlu mengambil selekoh kiri pertama selepas kaunter tiket Bukit Tinggi.
Sesiapa yang minat sayur-sayuran segar atau mahu belajar sedikit tentang proses mengeluarkan tanaman segar secara organik boleh melawat ladang tersebut. Walupun ladang ini tidak menjual produk keluarannya, pelawat dapat menikmati hidangan lazat yang disediakan dengan menggunakan sayur-sayur yang dipetik segar dari ladang tersebut.
Berakhir sudah entri tempat menarik di Bukit Tinggi dan kami harap anda terhibur dan mendapat sedikit gambaran tetang keseronokkan yang bakal menanti anda di sana. Kami juga berharap anda dapat mengunakan entri ini sebagai rujukan untuk merancang percutian anda ke Bukit Tinggi nanti.

Sumber: maisinggah.com


No comments:

Post a Comment