Kisah Di Sebalik Doodle “Thank You Coronavirus Helpers” di Google Hari Ini - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, April 21, 2020

Kisah Di Sebalik Doodle “Thank You Coronavirus Helpers” di Google Hari Ini

Minggu lalu, Google mula memaparkan serangkaian coretan sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan atau ‘Frontliner’ yang melawan pandemik Covid-19.
Kini, Google meneruskan keprihatinnya dengan memaparkan lukisan Doodles ” Thank You Coronavirus Helpers” (Terima Kasih Pembantu Coronavirus). Ini merupakan sebuah kempen sokongan moral untuk semua pihak di barisan hadapan, yang dimulakan oleh Google sejak 6 April.
Dalam lukisan doodle itu, logo Google pada halaman Google.com di hiasai dengan ilustrasi sejumlah profesion, seperti doktor, polis, pemandu pengangkutan awam, anggota bomba, petugas kebersihan, tukang masak, guru, dan sebagainya.
Profesi dipaparkan di paparkan secara bergilir-gilir mengikut hari pada minggu lalu. Menurut Google, ini menunjukkan bagaimana semua elemen masyarakat bekerjasama untuk saling membantu dalam masa yang sukar ini.
“Covid-19 terus memberi kesan kepada banyak komuniti di dunia, masayarakatt lebih bersatu untuk saling membantu,” tulis Google di laman rasmi Google Doodle.
“Kami melancarkan siri Doodles untuk menghormati mereka yang berada di barisan depan,” lanjut Google.
Huruf G di depan mewakili orang di seluruh dunia, mengirimkan “cinta” dalam bentuk ikon / tanda hati ke huruf lain, yang mewakili pekerja di barisan depan. Doodle secara bersiri  ini jarang dibuat oleh Google, kecuali ada acara-acara khas utama yang berlaku, seperti Olimpik dan Piala Dunia.

Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment