Bunga Citra Lestari Disebut Abaikan Tempoh Iddah, 2 Ustaz Ini Akhirnya Buka Mulut!!! - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

Bunga Citra Lestari Disebut Abaikan Tempoh Iddah, 2 Ustaz Ini Akhirnya Buka Mulut!!!

Bintang dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat sedang menguatkan diri untuk cuba bangkit setelah kehilangan suami tercintanya, Ashraf Sinclair.
10 hari selepas kematian suaminya pada 18 Februari dan 2020, Bunga telah kembali menghiburkan peminatnya dalam beberapa acara. Bunga dilihat sudah beberapa kali muncul dalam beberapa acara dan menyanyi di hadapan khalayak umum.
Rata-rata peminatnya dapat melihat wajah Bunga masih dipenuhi dengan kesedihan dan kadang-kadang menangis, namun Bunga tetap cuba menyembunyi perasaannya kepada yang menonton.

Menyanyikan Lagu ‘Cinta Sejati’ di Malam Kemuncak Pemilihan Puteri Indonesia 2020

Terbaru, Bunga dilihat menjadi membuat persembahan nyanyian di Malam Kemuncak Pemilihan Puteri Indonesia 2020 pada Jumaat lalu (6/3). Di setiap penampilannya, Bunga selalu tampil dengan busana serba warna hitam yang menandakan dirinya masih berduka atas pemergian Ashraf Sinclair. Ramai yang melihat mata Bunga masih sembap saat menyanyikan lagu berjudul “Cinta Sejati” mengiringi para peserta Puteri Indonesia 2020.

Masih Dalam Iddah

Walaubagaimanapun ada juga segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakan Bunga yang sering muncul di dalam beberapa acara. Bunga dianggap tak menjalani masa Iddah saat suami baru sahaja meninggal dunia
Susulan dari hal tersebut, dua orang pendakwah yang dikenali di Indonesia iaitu Ustaz Munawir dan Ustaz Maulana telah memberikan penjelasan mereka.
Ustaz Munawir berkata, secara umumnya tempoh iddah berlangsung selama 4 bulan.
“Di sini ketika meninggalnya suami itu masa iddahnya 4 bulan ,”- kata Ustaz Munawir yang dipetik dari Grid.id.
Walau bagaimanapun, tempoh iddah itu sendiri juga bergantung pada keadaan keluarga yang tertinggal.
“Ia bergantung kepada keadaan semasa seperti isteri sedang hamil dan menunggu sampai  kelahiran bayi,” jelasnya.
Sementara itu, Ustaz Maulana menjelaskan berkaitan dengan tuntutan seseorang dalam menjalani iddah.
Ustaz Maulana Via Liputan6
“Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tempoh iddah tidak bermakna wanita itu dikurung di dalam rumah, tidak,” kata Ustaz Maulana.
“Tempoh idah bermakna tempoh di mana anda tidak boleh berkahwin sebelum tempoh iddah selesai,” jelas Ustaz Maulana.
“Sebenarnya, wanita yang baru sahaja kehilangan suaminya tidak bermakna bahawa semasa tempoh iddah dia mesti tinggal di rumah, memakai pakaian hitam, tidak seperti itu.”
Ustaz Maulana mendedahkan, Islam tidak mahu seseorang yang bersedih untuk berdiam diri meratapi kesedihannya.
Ustaz juga mengajak orang-orang yang terdekat dengan keluarga untuk terus memberi  sokongan kepada Bunga yang masih berduka.
Ashraf Sinclair meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung. Kematian Ashraf telah disahkan pada hari Selasa (18/2/2020), pukul 04.51 di Hospital MMC, Jakarta Selatan.

Sumber : murai.my

No comments:

Post a Comment