Model dan selebriti antarabangsa, Bella Hadid merayu kepada orang ramai untuk mengamalkan langkah Social Distancing. Langkah ini bukan semata-mata untuk melindungi diri anda dari virus COVID-19, tetapi ia menunjukkan sikap tidak pentingkan diri sendiri terhadap orang sekeliling.
Jarak yang disyorkan adalah 1.5 meter hingga 2 meter antara satu sama lain. Kerana ini adalah salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan diri dan orang-orang di sekitar.

“Sebagai orang muda yang memiliki tahap kesihatan diri yang baik, ‘Social Distancing’ bukanlah untuk kepentingan diri anda, tetapi ini adalah masa untuk buang sikap pentingkan diri anda.”“ini bermakna mereka yang mempunyai sistem imun lebih lemah terdedah kepada virus. Ia adalah sangat penting untuk mematuhi cadangan untuk melambatkan penyebaran virus itu,” kata Bella Hadid.
Di samping itu, Bella yang mempunyai 26.1 Juta pengikut di Instagram itu juga menjemput kita untuk sentiasa menunjukkan sikap belas kasihan kepada orang lain.
“Tinjukkan belas kasihan anda kepada orang lain, beli apa yang anda perlukan dan jangan tamak. Jika anda berada di kedai runcit dan anda bergaduh dengan warga tua semata-mata untuk dapatkan tisu tandas, ia salah dan tidak menyelesaikan masalah,” jelas nya.
Bella menamatkan penulisannya dengan mengajak orang ramai supaya saling mencintai antara satu sama lain dan memberikan penghargaan dan semangat kepada mereka yang masih berusaha mengatasi virus COVID-19.
“Kepada mereka yang masih bekerja, terima kasih! Kekal selamat , saya sayang kamu,” Bella Hadid mengakhiri penulisannya.
Sumber: murai.my
No comments:
Post a Comment