2 Pusat Membeli-Belah Di KL Ini Disahkan Telah Dikunjungi Pesakit Positif COVID-19 - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

2 Pusat Membeli-Belah Di KL Ini Disahkan Telah Dikunjungi Pesakit Positif COVID-19

Berita kurang baik buat penduduk sekitar Lembah Klang. Difahamkan 2 buah pusat membeli-belah terkemuka mengesahkan bahawa beberapa buah kedai dalam gedung mereka dikunjungi pelanggan yang diuji positif dijangkiti Covid-19.
Kedai-kedai yang dikunjungi adalah A-Saloon (di Melawati Mall) dan Fitness First (di IOI Mall Puchong).
Susulan dari berita tersebut, pihak pengurusan gedung telah memulakan langkah pencegahan dengan serta merta.
IKLAN

Via Bernama

Dalam sebuah kenyataan di Facebook, Melawati Mall melaporkan bahawa pelanggan itu telah memasuki premis pusat kecantikan, A-Saloon pada Isnin lepas (2 Mac). Kemudian pelanggan itu disahkan telah dijangkiti Covid-19.
Dalam kenyataan itu juga mengesahkan premis A-Saloon ditutup serta-merta buat sementara waktu. Pusat membeli-belah memaklumkan bahawa pembersihan mendalam dijalankan di sekitar gedung mengikut garis panduan dari pihak berkuasa kesihatan.

Via FB Melawati Mall

Pihak A-Saloon juga melaporkan bahawa semua pekerjanya sedang menjalani pemeriksaan  kesihatan yang ditetapkan dan harus menjalani kuarantin diri selama 14 hari.

Via FB A-Saloon

Pesakit Covid-19 telah berkunjung Ke Fitness First di IOI Mall Puchong

Di samping itu, kejadian serupa berlaku di pusat kecergasan Fitness First di IOI Mall Puchong. Terdahulu pada hari Isnin (9 Mac), pusat kecergasan ini telah ditutup untuk proses pembersihan setelah diberitahu bahawa seorang ahli yang diuji positif untuk Covid-19 telah berkunjung tempat tersebut dalam 2 minggu yang lalu.
Dilaporkan oleh Hype.My, Fitness First Malaysia mengesahkan bahawa mereka telah menjalankan aktiviti pembasmian kuman pada 6 Mac dan 9 Mac.

Via Hype.My

Astro Awani melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan 12 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kepada 129 kes pada Selasa. Menurut kenyataan media PMO, kes-kes positif berkenaan adalah daripada kalangan pesakit dalam pemantauan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment