COVID-19: MYEG Perkenalkan Kit Ujian Pantas, Keputusan Diketahui Dalam 30 Minit - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, March 17, 2020

COVID-19: MYEG Perkenalkan Kit Ujian Pantas, Keputusan Diketahui Dalam 30 Minit

MY E.G. Services Berhad hari ini memperkenalkan kit ujian pantas bagi virus COVID-19 di Malaysia dan Filipina, satu inovasi yang menawarkan penambahbaikan kepada kemudahan dan keberkesanan ujian berbanding kaedah sedia ada.
MYEG kini sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa bagi penggunaan kit ujian itu dan akan menerima pra-tempahan menerusi laman web www.myeg.com.my di Malaysia dan myeg.ph di Filipina.
Kit ujian pantas virus COVID-19
Kit berkenaan berharga RM99 setiap satu dan dijual sepaket yang mengandungi 10 kit pada harga RM990. Dibangunkan oleh syarikat diagnostik terkemuka dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan kesihatan di China, kit ini yang telah digunakan secara meluas membolehkan pengesanan kualitatif dilakukan menerusi sampel ujian darah yang diambil di hujung jari.
Sampel itu kemudiannya diletakkan pada jalur ujian untuk mengesan kehadiran antibodi IgM dan IgG yang biasanya dihasilkan antara 3-7 hari selepas jangkitan dan sesuai digunakan bagi pengesanan awal.
Kit ujian ini sesuai digunakan dan mengesan secara pantas kehadiran virus COVID-19 pada mana-mana individu tanpa perlu mengambil sampel pada hidung dan tekak, serta menunjukkan hasil dalam masa 30 minit tanpa perlu menghantar sampel ke makmal.
Ini menjadikan kit berkenaan amat sesuai bagi bagi saringan kes yang disyaki dan kumpulan berisiko tinggi, terutama dalam kalangan pelancong atau mereka yang baru pulang dari negara berisiko.
Dalam pada itu, bagi kemudahan organisasi yang ingin menyediakan ujian COVID-19 kepada kakitangan mereka, MYEG kini bekerjasama dengan syarikat kesihatan untuk menawarkan ujian dikendalikan oleh kakitangan profesional di premis masing-masing.
Pengenalan kit ujian ini adalah inovasi terkini dilancarkan oleh MYEG bertujuan menyediakan kemudahan penyelesaian yang diperlukan kerajaan bagi mengatasi penularan novel coronavirus (COVID-19), yang mana baru-baru ini telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia sehinga 16 Mac 2020
Bulan lalu, MYEG mengumumkan yang syarikat berkenaan menawarkan kepada kerajaan Malaysia dan Filipina sistem pemprofilan risiko kesihatan dalam talian berasaskan Kecerdasan Buatan (AI), yang menganalisis maklumat geolokasi sejarah dan penjejakan anomali bagi pelawat China.
Sumnber: murai.my

No comments:

Post a Comment