Pemergian Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020 masih meninggalkan kesedihan yang mendalam untuk Bunga Citra Lestari. Walau bagaimanapun, dengan sokongan keluarganya dan saudara terdekat, Bunga mula menjadi kuat dan redha.
Hampir empat minggu ditinggalkan suami tercintanya, wanita yang akrab dipanggil Bunga sentiasa melawat pusara Ashraf di San Diego Hills, Karawang. Bukan sahaja dirinya, Bunga juga mengajak ibunya Emmy Syarif dan satu-satu anaknya, Noah untuk menziarahi pusara ayahnya.
Seperti baru-baru ini, melalui akaun Instagram peribadinya, Emmy memuatkan gambar yang cukup mengharukan apabila Bunga dan Noah kembali ke pusara Ashraf. Di dalam gambar itu, terlihat pusara dipenuhi dengan taburan bunga merah yang indah.
Bunga & Noah Peluk Asyraf Sambil Menutup Mata
Di samping itu, Bunga juga mempunyai cara tersendiri untuk dapat merasakan kehadiran Ashraf di sekelilingnya.
Semasa menziarah, Noah dan Bunga berpelukan seperti sedang berusaha menggapai Ashraf. Tersenyum dengan ikhlas dan menutup matanya, Bunga dan Noah seolah-olah dapat merasakan kehadiran Ashraf yang memeluk atau ‘pelukan keluarga’ di antara keduanya.
Momen Bunga dan Noah memeluk Ashraf Sinclair di pusara ini menerima pelbagai komen dari netizen. Ramai netizen turut beremosi, dan ada juga yang menitiskan air mata kerana ketulusan Bunga dan Noah kepada Ashraf.
Sumber: murai.my
Sumber: murai.my
No comments:
Post a Comment