Senyuman terukir pada wajah salah seorang kakitangan dan sukarelawan di Hospital tatkala menerima kejutan yang tak dijangka oleh usahawan popular Datuk Fadza Anuar dan Datin Vivy Yusof.
Mana tidaknya, meraka dikejutkan dengan pemberian beberapa buah penghawa dingin mudah alih pihak Hospital Serdang yang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Vivy di Instagram hari ini (16/3), dia berbesar hati untuk menyumbangkan penghawa dingin mudah alih tersebut kerana prihatin terhadap kerja keras kakitangan Hospital merawat pesakit positif COVID-19.
“Setelah mengetahui tentang perkara-perkara menakjubkan yang dilakukan kakitangan hospital/ sukarelawan, Saya dan suami terpanggil untuk membuat sesuatu kepada mereka.”“Saya berhubung dengan pihak hospital untuk bertanya peralatan yang mereka perlukan dan saya memutuskan untuk menyumbangkan beberapa penghawa dingin mudah alih untuk mereka, ikhlas dari FV (Fashion Valet).
Menurut Vivy, untuk permulaan, sumbangan ini diserahkan kepada Hospital Serdang dan akan menyusul ke Hospital-hospital yang lain.
“Ini dihantar ke Hospital Serdang, dan InsyaAllah akan disumbangkan ke hospital yang lain”.
Sebelum ini, tular luahan hati seorang kakitangan hospital yang dikenali dengan nama Yazrafiq Yazraik yang terpaksa menempuh pengalaman yang sukar dalam merawat pesakit COVID-19. Dalam tulisannya, dia berkongsi pengalaman memakai suit PPE cCvid sampai berjam-jam lamanya dan berpanasan setiap kali memakai suit tersebut.
Wabak Covid-19 telah pun mencatat angka kes tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah sebanyak 428 kes. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan kesihatan di hospital yang merawat pesakit Covid-19.
Sumber: murai.my
No comments:
Post a Comment