Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mendapat perhatian warga maya apabila bakal melancarkan single terbaru, Cuba Bahagia, Jumaat ini.
Pengumuman itu dibuat penyanyi Abang Nak Tegur ini menerusi platform Instagramnya, sejak Selasa.
Terkini, Aliff menerusi entri IG TV yang dikemas kini ada berkongsi teaser pendek, dipercayai klip video Cuba Bahagia yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Dalam satu babak, Aliff dilihat sedang dimarahi seorang wanita bertudung dan dirinya kelihatan sebak atas situasi yang berlaku.
Sementara itu, bapa kepada lima cahaya mata ini di ruangan kapsyen pada entri sama menjelaskan, dia hanya inginkan kebahagiaan selain menyifatkan Cuba Bahagia adalah kisah hatinya.
“Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat. Sedangkan kita sudah buat yang terbaik dan yang paling penting adalah hati dan kekuatan… ketika kita dalam kesusahan, orang yang paling kini tiada.
“Cuba korang bayangkan jika di tempat saya, serba serbi tidak kena dan orang sentiasa mencari salah. Ya ALLAH Ya Tuhanku, ENGKAU berikanlah ku petunjuk, ENGKAU berikanlah ku ketenangan.
“Lagu ini adalah kisah hati saya dan jiwa saya. ALLAH kuatkanlah hambaMu ini yang sedang dalam kesakitan.
“Lagu ini akan sy relase jumaat jam 12 tghri ini nantikan.. di youtube tv terlajak laris .. jgn lupa dengar kemerduan suara kebanggaan dunia,” tulis Aliff.
Terdahulu, Aliff turut mendapat teguran secara terbuka dari ibunya, Bonda Rozita Ibrahim yang menyifatkan anaknya itu tidak habis-habis menimbulkan masalah pada Rabu.
Rozita turut menasihati Aliff agar menjadi seorang usahawan profesional dan bukannya penyanyi kerana dirinya bukan artis.
Sementara itu, IG TV yang dimuat naik sudah pun ditonton hampir 400,000 kali kurang 10 jam selepas ia dikongsi pada umum.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Sumber : mediahiburan.my
No comments:
Post a Comment