Ramlah Ram Akui Sebak Rakam Lagu Masar Cinta - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, March 17, 2020

Ramlah Ram Akui Sebak Rakam Lagu Masar Cinta

Penyanyi popular, Ramlah Ram menafikan meletakkan titik noktah dalam karier seni nya. Spekulasi tersebut sebelum ini bermain difikiran peminat yang menyangka Ramlah sudah bersara.

Kembali Selepas 8 Tahun 

Menolak dakwaan tersebut, Ramlah kini muncul dengan single terbaharu berjudul Masar Cinta setelah 8 tahun tidak muncul dengan lagu baharu. Jelas Ramlah ketika ditemui Murai.my di Indigital Music Damansara, biarpun jarang muncul di kaca Televisyen hakikatnya dia masih aktif menerima tawaran membuat persembahan di kebanyaan acara tertutup.
“Mungkin orang ingat saya tak ada lagu baru atau jarang muncul dalam mana-mana program televisyen, orang ingat saya dah berhenti.Sebenarnya saya masih lagi aktif dan kadang kala diundang membuat persembahan di acara tertutup. Kalau tak ada sebarang komitmen, jenis saya dari dahulu lagi suka enghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan kucing-kucing peliharaan.”

Sebak Terkenangkan Komposer Masar Cinta 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai single Masar Cinta, menurut Ramlah Masar adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud jalan atau perjalanan.
Akui Masar Cinta merupakan lagu yang paling sukar dirakam, dedah Ramlah ini kerana dia berasa sebak sepanjang merakam lagu itu berikutan terkenang penggubah lagu bersama iaitu Allahyarham ID Mifzal yang meninggal dunia pada Mac 2017.
“Dalam banyak-banyak lagu, boleh dikatakan lagu ini paling susah nak rakam sebab saya terpaksa berlawan dengan emosi. Kalau diikutkan saya nak menangis sewaktu menyanyi tapi saya kuatkan hati sehinggalah selesai rakaman”
Menurut penyanyi kelahiran program Bintang RTM ini, hubungannya bersama Allahyarham begitu rapat. Biarpun sudah tiga tahun meninggal dunia, namun dia masih terkenangkan Arwah apatah lagi merupakan bekas presiden kelab peminat Ramlah Ram.
Sebagai info,kali terakhir Ramlah mengeluarkan single adalah pada 2011 yang berjudul Diam-Diam Jatuh Cinta. Kini, dia mengharapkan agar Masar Cinta diterima baik oleh peminat yang mana boleh kini boleh didengar disemua platform digital.
Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment