Menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), pelantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disambut baik oleh rakyat Malaysia yang berharap agar beliau boleh menjalankan tugas dengan baik.
Ramai yang mengagumi ketokohan beliau termasuk seorang remaja autisme yang menghantar surat kepada beliau.
Menerusi kiriman di Facebook miliknya, remaja yang dikenali sebagai Wan Aiman itu pernah menulis surat kepada beliau. Remaja itu juga sememangnya meminati beliau.
Sebak membaca surat anakanda Wan Aiman yang dikasihi. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lalu, pasti kenal anakanda Wan Aiman. Remaja autisme yang pintar dan amat meminati saya. Ini surat terbaharu yang beliau serahkan sendiri kepada saya
Aiman jual pantun, saya beli ya.
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing hitam,
Anakanda Wan Aiman yang Allah kasihi,
Jangan ditinggal solat malam.
Itulah kunci kekuatan seorang hamba kepada-Nya.
Aiman jual pantun, saya beli ya.
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing hitam,
Anakanda Wan Aiman yang Allah kasihi,
Jangan ditinggal solat malam.
Itulah kunci kekuatan seorang hamba kepada-Nya.
Wan Aiman melalui surat itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Zulkifli dan memanjatkan rasa syukur ke atas pelantikan beliau.
Aiman doakan moga Malaysia negara Islam yang aman tenteram. Harapan Aiman, moga semua anak istimewa diberi peluang mengenal Allah dan sentiasa dekatkan diri kepada Yang Maha Esa, walaupun kami anak autisme, kami juga makhluk ciptaan Allah.
Remaja itu juga ‘menghadiahkan’ pantun kepada Datuk Seri Dr. Zulkifli.
Dua tiga kucing berlari,Manakan sama si kucing belang,Doa Aiman setiap hari,Moga Allah rahmati Datuk Seri insan terbilang.
Selain itu, Aiman juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa syukur atas pelantikan Datuk Dr Zulkifli sebagai Menteri Agama Malaysia.
No comments:
Post a Comment