Beberapa hari sebelum ini, orang ramai kecoh dengan berita penutupan kedai serbaneka kegemaran mereka Daiso akan ditutup serta merta bermula 1 April. Kekecohan ini bermula selepas kedai yang berasal dari Jepun itu mengeluarkan poster mengenai penutupannya dan menjadi tular di laman media sosial.
Namun, dilihat orang ramai terkeliru dan salah anggap dengan pengemuman ini. Kerana penutupan Daiso haya berlaku di East Coast Mall, Kuantan bukannya semua outlet di seluruh Malaysia.
Kekeliruan ini telah diperjelaskan oleh pihak Daiso menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di Facebook rasmi mereka di DAISO East COAST Mall pada 10 Mac lalu Mereka memohon maaf di atas kekeliruan terhadap pengumuman sebelum ini.
Segelintir orang ramai mula mengeluarkan spekulasi tidak benar dengan mendakwa penutupan berkenaan adalah disebabkan wabak koronavirus yang sedang melanda lebih 113 buah negara kini.
Kedai serbaneka Daiso yang berasal daripada Jepun ini menjadi pilihan orang ramai kerana harga barangan yang ditawarkan adalah semurah RM5.57 dengan aneka pilihan yang amat berbaloi dimiliki.
Sumber : murai.my
No comments:
Post a Comment