Nama Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai King Coco kembali menjadi sebutan netizen di media sosial apabila tular sekeping poster yang tertera nama dan wajahnya yang meraih undi sebagai Calon ketua srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bagan Serai.
Bertanding Dalam Parti Politik
Dalam poster yang berwarna merah itu, King Coco dilihat bertanding untuk jawatan tersebut bagi penggal 2020/2022 sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada kalangan netizen. Berdasarkan carian Murai.my, rata-rata netizen mengecam tindakan King Coco yang menawarkan diri untuk bertanding dalam parti politik itu.
IKLAN
Shalom @PPBMofficial tak payah la ambik sampah sampah masyarakat mcm king koko. Known for the wrong reasons. Possess no skills. Bring in those who can positively contribute to society. And pls ye kaum melayu, u are not born with blue eyes. Jgn la terkejar2 sgt nak jadi matsalleh pic.twitter.com/pPNYQeNb8j— Naratif Rakyat (@NaratifRakyat) March 9, 2020
Kecaman Dari Netizen
Bagi mereka, sekiranya King Coco berjaya memegang jawatan tersebut ianya seakan ‘merosakkan’ parti PPBM selain menyifatkan masih ramai calon diluar sana yang masih layak.
Biarpun begitu,di laman Instagram selebriti media sosial ini tiada sebarang kemaskini yang memaklumkan dia akan bertanding dalam parti itu .
Sumber : murai.my
No comments:
Post a Comment