Fidyah ialah denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Ramadhan pada tahun yang baru.
Hukum membayar FIDYAH adalah wajib. Namun puasa juga tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan walaupun dengan membayar fidyah. Jika fidyah tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu hutang kepada Allah S.W.T.
Kadar Fidyah
Kadar fidyah berubah mengikut harga beras yang ditetapkan disesuatu tempat. Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa.
Pengiraan Fidyah
Fidyah juga boleh dikira dengan menggunakan kalkulator fidyah yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor atau kita boleh mengira sendiri dengan mudah.
Bagi tahun 2020, kadar fidyah (secupak beras) yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor adalah RM1.80
Cara pengiraan manual: Bilangan hari tidak berpuasa X (tahun gandaan) X kadar fidyah (RM1.80)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun yang dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadhan berikutnya, jika puasa masih tidak berganti, barulah fidyah dikenakan.
Siapakah Yang Perlu Membayar Fidyah
1Sakit Yang Tenat
Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit yang tenat , tidak mempunyai harapan untuk pulih atau golongan warga tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun yang sama.
Contoh: Encik Zainal adalah pesakit diabetes dan harus menjalani dialysis sepanjang Ramadhan dan tidak mampu menunaikan puasa. Maka fidyahnya dikira sebaik habis Ramadhan.
Bilangan hari tidak berpuasa (30 hari) X Kadar fidyah (RM1.80) = RM 54.002
Wanita Mengandung Yang Bimbangkan Kesihatan Kandungannya Dan Dirinya
Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya, dikhuatiri berlaku keguguran atau wanita hamil yang mengalami alahan teruk.
Jika golongan seperti ini dapat menggantikan puasa sebelum Ramadhan tiba pada tahun berikutnya, maka tiada fidyah yang dikenakan tetapi jika tidak mampu menggantikan puasa hingga tiba Ramadhan berikutnya, maka dikenakan fidyah sehinggalah mereka menggantikan puasa tersebut.
Contoh: Sepanjang kehamilan, Puan Amrah tidak mampu berpuasa selama 7 hari dan hanya dapat menggantikan puasa tersebut selepas 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira :
7 Hari tidak berpuasa X (4 Tahun? 1 tahun – tahun gandaan) X kadar fidyah (cupak) RM1.80 = RM37.80
*Fidyah hanya akan terhenti apabila puasa sudah digantikan.
3Ibu Yang menyusukan Anak
Tidak berpuasa kerana bimbang akan kurang air susu dan memudaratkan bayi yang disusuinya serta menjejaskan kesihatan bayi. Golongan ini perlu membayar fidyah sebaik habis Ramadhan pada tahun yang sama dan perlu menggantikan puasa
Contoh: : Puan Amrah mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan. Sepanjang bulan Ramadhan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa selepas 2 tahun.
Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Amrah sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa (15 hari) X (Tahun gandaan -2 tahun? 1 tahun) X Kadar fidyah RM1.80 = RM27.00 (fidyah)
4Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Bagi orang yang telah meninggal dunia, fidyah boleh dilakukan oleh waris jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh: Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:
Bilangan hari tidak berpuasa (13 hari) X kadar fidyah RM1.80 = RM23.40 (fidyah)
5Melambatkan Ganti Puasa
Mereka yang lambat menggantikan puasa hingga telah masuk bulan ramadhan pada tahun berikutnya, wajib membayar fidyah dan menggantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
Contoh: Encik Zainal tidak mampu berpuasa selama 3 hari kerana pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasa tersebut selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan adalah
Bilangan hari tidak berpuasa (3 hari) X (Tahun gandaan-10 tahun? 1 tahun) X Kadar fidyah RM1.80 = RM48.60 (fidyah)
Pembayaran Fidyah
Pembayaran fidyah boleh dibuat di 27 cawangan Lembaga Zakat Selangor. LZS akan menukar fidyah yang dibayar kepada barang-barang keperluan dan akan diagihkan kepada orang-orang yang memerlukan.
Semoga perkongsian kali ini akan mengingatkan kita dari tidak terus terleka berhutang dengan Allah S.W.T.
Sumber: murai.my
No comments:
Post a Comment