Petua Orang Tua: Ini 6 Tips Masakan Yang Jarang Kita Dengar - Hati Kering!

Breaking

Monday, March 16, 2020

Petua Orang Tua: Ini 6 Tips Masakan Yang Jarang Kita Dengar

Seperti yang kita sedia maklum, memasak merupakan aktiviti yang sangat digemari oleh semua lapisan jantina. Dalam dunia sekarang ini, memasak bukan tertumpu kepada golongan wanita sahaja, malah lelaki juga sudah ramai yang mengetahui teknik memasak sehinggakan ada yang menganggap masakan lelaki lebih enak daripada masakan wanita.
Tidak kira samada wanita mahupun lelaki, teknik masakan yang betul dapat membantu memudahkan dan memberikan kesedapan terhadap masakan yang dimasak. Jom kita lihat beberapa petua yang anda boleh lakukan dalam membantu masakan menurut laman

1Senduk Kayu Elak Santan Pecah Minyak

via minews
Bagi anda yang suka menggunakan santan dalam masakan pasti pernah mengalami pengalaman dimana santan yang anda masak pecah minyak dah berketul di permukaan masakan anda. Ini sekaligus memberikan kesan kepada masakan yang akan kelihatan tidak menarik. Percaya atau tidak, dengan meletakkan senduk kayu di dalam periuk dalam keadaan api yang perlahan, ini dapat mengelakkan daripada santan anda pecah minyak.

2Nasi Mengekalkan Kelembutan Cekodok

via says
Ramai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat membantu melembutkan cekodok anda. Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan goreng seperti biasa. Ini dapat mengelakkan cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan kelembutan cekodok walaupun sudah lama digoreng.

3Gula Mengekalkan Warna Hijau Sayur

via idntimes
Sayur yang dimasak terlalu lama akan menjadi layu dan akan berubah warna seakan gelap. Ini akan menjejaskan rupa persembahan masakan sayur anda sekiranya anda ingin menyajikan kepada orang luar atau anda di dalam pertandingan memasak. Jadi untuk mengekalkan warna hijau sayur, laman rasa mencadangkan anda memasukkan sedikit gula di dalam setiap masakan hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.

4Lada Kering Menghilangkan Bau Hangit Nasi

via nyonya cooking
Memasak nasi kadangkala menjadi agak mencabar kerana perlu mengambil kira aspek paras air untuk mengelakkan nasi daripada mentah mahupun terlebih masak. Antara petua dari orang dulu adalah mengukur paras air menggunakan jari kelingking untuk memastikan nasi di masak dengan sempurna.
Tetapi ada ketikanya nasi terlebih masak sehinggakan mengeluarkan bau hangit. Untuk menghilangkanya, letakkan dua atau tiga tangkal lada kering kedalam periuk dan panaskan seketika dalam dua minit. Pasti setelah anda membuka periuk, bau nasi yang hangit sudah tiada.

5Asam Gelugor Elak Gatal Batang Sayur Keladi

via impiana
Batang sayur keladi mempunyai peminatnya sendiri. Ada yang mencampurkannya bersama ikan untuk dijadikan asam pedas, ada yang memasak asam sayur keladi dan ada yang menjadikan batang sayur keladi sebahagian daripada masakan dalam masakan gulai udang mereka. Yang pasti sayur keladi tidaklah asing lagi dalam kalangan kita.
Sekiranya batang sayur keladi ini tidak diproses dengan sebetulnya, ia akan menyebabkan kegatalan lidah pada si pemakan. Untuk mengelak daripada lidah menjadi gatal, masukkan batang keladi yang dicuci bersih kedalam air panas yang berisi beberapa keping asam gelugor dan toskan airnya setelah beberapa minit.

6Cuka Membantu Mengempukkan Daging

via purvitae
Antara perkara yang dirisaukan tukang masak adalah memasak daging sehingga empuk. Bukan sahaja mengambil masa yang lama, kadangkala daging yang direbus ini akan menjadi lebih liat sehingga sukar untuk dimakan.
Jadi untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa singkat, halaman rasa mencadangkan menggunakan cuka masakan yang dimasukkan sedikit kedalam periuk yang merebus daging. Ini membolehkan daging yang direbus menjadi empuk dalam masa yang singkat.
Petua sudah dikongsikan, jadi selepas ini bolehlah anda menggunakannya untuk kegunaan harian. Ini bukan sahaja menjimatkan masa anda, malah menjadikan masakan anda menarik, sihat dan sedap.
Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment