Yuna Terharu Dapat Bersama Dengan Jennifer Lopez Untuk Coach - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

Yuna Terharu Dapat Bersama Dengan Jennifer Lopez Untuk Coach

Umumnya, jenama fesyen terkemuka Coach sedang mempromosikan kempen terbarunya ‘Originals Go Their Own Way’ dengan tanda pagar #thecoachoriginals.
Pelancaran ini sekaligus memperkenalkan wajah baru dari Coach iaitu Jennifer Lopez, dan wajah global untuk koleksi pakaian lelaki Coach, aktor dan produser Michael B Jordan.
Keaslian diri menjadi tema kempen ini dan pihak Coach telah memilih beberapa selebriti terkemuka dunia termasuk Jennifer Lopez bagi mendapatkan jawapan, apakah keaslian dalam diri mereka.
Namun siapa sangka, Coach juga telah memilih selebriti dari Malaysia bagi memeriahkan kempen ini menerusi akaun Instagram rasmi mereka, @coach.
Sangat membanggakan apabila Coach memilih penyanyi Yuna Zarai bersama-sama dengan artis-artis terkenal di dunia menjayakan kempen ini.
Di halaman Instagram rasmi Coach, selain Jennifer Lopez & Michael B Jordan, terlihat Yuna juga memberikan pandangan peribadi dan jawapan ringkas dari beberapa soalan yang diajukan.
Dalam pada itu, di instagram peribadi Yuna, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak jenama Coach kerana memilih dirinya menjayakan kempen ini.
Tambahnya lagi, dia sangat gembira kerana dapat berada dalam video yang sama seperti artis idolanya, Jennifer Lopez.

Siapa sangka, Yuna dengan penampilan berhijab dipilih oleh jenama berpengaruh Amerika ini untuk terlibat sama dalam kempen berprestij ini.

Pemilihan Jennifer Lopez

Coach sebelum ini  mendedahkan sebab mereka memilih Jennifer Lopez sebagai ‘Wajah Global’ terbaru Coach. Semangat Jennifer Lopez dalam membina kerjayanya sejak dia menjejakkan kaki di kota New York, dianggap seiring dengan semangat Coach yang juga diasaskan di New York, 78 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment