Seramai lebih kurang 10,000 jemaah tabligh dari dalam dan luar negara dilaporkan menghadiri satu program keagamaan di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb hingga 1 Mac lalu. Daripada jumlah itu, 5,000 daripadanya dipercayai warga Malaysia.
Selain seorang peserta Brunei yang dilaporkan positif COVID-19, pesakit ke-131 di Pahang juga mempunyai sejarah menyertai program berkenaan.
Susulan itu, petugas kesihatan menyeru semua peserta untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mengkuarantin diri sendiri. Mufti juga melarang para peserta yang disyaki positif COVID-19 dari menghadiri solat Jumaat bagi mengelakkan penularan.
Terbaharu, beberapa keping gambar dipercayai jemaah tabligh terlibat himpunan itu telah tular di media sosial. Mereka dikatakan sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital dan Markas Dakwah Sri Petaling semalam.
Ramainya jemaah tabligh ke Markas Dakwah Sri Petaling dan Hospital untuk check up dan ada yang diarahkan quarantine dan mereka buat.
Bertanggunjawabnya mereka. Mereka di hospital tunggu giliran dengan Al-Quran dan tasbih di tangan.
Kau kata mereka tak bertanggungjawab lagi?
Mereka sendiri tak minta nak kena dan mereka tak tahu ada yang infected.
Tengoklah sendiri bertanggungjawab atau tidak mereka pada manusia lain.
Yelah apa nak buat, benda paling senang adalah salahkan orang.
Dalam banyak keadaan yang berlaku, kau pilih salahkan orang yang beragama di jalan Allah.
*Photos from Ustaz Abdullah Mustafa, Mohd Khaiyum.
Sumber: QLyana Shuhaimi / siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment