COVID-19: Jika Malaysia Kena ‘Lockdown’, 3 Rancangan Keagamaan Ini Sesuai Ditonton Dirumah - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, March 17, 2020

COVID-19: Jika Malaysia Kena ‘Lockdown’, 3 Rancangan Keagamaan Ini Sesuai Ditonton Dirumah

Wabak Covid-19 telah meluas di banyak negara di luar China. Malah, pelbagai negara melaporkan kes jangkitan yang sangat tinggi.
Susulan dari peningkatan kes ini, pelbagai negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengumumkan ‘lockdown’ atau boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk menutup wilayah bagi mencegah penyebaran virus Covid-19.
Negara-negara yang telah melaksanakan lockdowns sepreti Itali, China, Denmark, Filipina dan Ireland.
Mungkin kah selepas ini Malaysia akan ada lockdown juga nanti? Kalau tak lockdown pun, tapi kena kuarantin dirumah? Adakah anda sudah bersedia?
Jika ditakdirkan kita terpaksa duduk rumah, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa rancangan keagamaan di saluran TV Al-Hijrah. Semoga rancangan -rancangan ini dapat membawa kita lebih dekat dengan agama. Justeru ketika didatangi musibah alam yang hebat, ambil iktibar dan muhasabah diri daripada ujian yang datang dalam hidup.
Tiga rancangan istimewa beracuankan Al-Quran Al Karim akan ditayangkan di TV AlHijrah bermula Mac ini Antara rancangan tersebut adalah Maidatul Quran, Belaian Kasih dan Tausiyah Ustazah Asma.

1Maidatul Quran

Program Maidatul Quran adalah cetusan idea dan kolaborasi yang terhasil daripada perbincangan erat di antara TV AlHijrah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Maidatul Quran memulakan siaran pada 6 Mac 2020, setiap jumaat, jam 9 malam. Maidatul Quran adalah sebuah rancangan yang mengajak penonton untuk mengimani, memahami, mengamalkan dan menyebarkan kalam Allah SWT.
Mensasarkan keseimbangan pembentukan pola fikir seorang muslim, Maidatul Quran yang dihoskan oleh Fahrur Raqib Abdul Majid turut menerapkan konsep hiburan islamik yang menjadikan alunan bacaan ayat Al-Quran, qasidah, zikir sebagai elemen utama rancangan ini.
Demi memastikan para penonton menikmati Tasawwur Islam menerusi rancangan ini, pemilihan Qari dan Qariah pada setiap episod dilaksanakan penuh teliti dalam memastikan mesej dan objektif rancangan ini dapat diterima dan difahami masyarakat.
Antara barisan Qari hebat yang mengalunkan bacaan Al Quran adalah seperti Johan kategori tilawah Al Quran Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2020M iaitu Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi yang juga merupakan OKU cacat penglihatan.
Turut memperdengarkan bacaan adalah Ustaz Wan Fakhrul, Ustaz Amirahman, Ustaz Tirmizi Ali, Adik Muhammad Harith Hakimi, Hajah Normalina, Nor Farhatul Fairuzah dan penampilan istimewa Qari antarabangsa iaitu Sheikh Momin Hawas.

2Belaian Kasih

Belaian Kasih akan ditayangkan di TV AlHijrah setiap hari isnin bermula 2 Mac 2020 pada jam 7.30 malam. Belaian kasih merupakan program bual bicara santai yang dikendalikan oleh pasangan sejoli iaitu Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamod bersama suami nya Ustaz Wan Akasyah Wan Abdul Hamid.
Rancangan ini akan membincangkan perihal rumahtangga dan isu-isu kekeluargaan. Penonton akan disajikan dengan pelbagai tips, panduan dan ilmu rumahtangga untuk melayari alam perkahwinan hingga ke jannah.

3Tausiyah Ustazah Asma

Tausiyah Ustazah Asma merupakan sebuah rancangan selami rohani bersama Ustazah Asma, iaitu seorang personaliti dakwah yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Rancangan tazkirah harian sebanyak 13 episod ini bakal menemui penonton bermula 24 Mac 2020, pada setiap hari Selasa jam 6.30 petang.
Tausiyah Ustazah Asma membawa penonton menyelami ilmu agama serta memberi sentuhan rohani buat penonton untuk kekal mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ustazah Asma turut membimbing penonton memupuk dan mengekalkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW.
Penonton akan disajikan dengan pelbagai topik yang menarik dan berbeza pada setiap minggu. Antara tajuk-tajuk yang harus ditonton adalah seperti Engkau yang menciptakanku, Engkau yang membentukku, Engkau yang mencukupiku, dan Engkau yang memeliharaku.
TV AlHijrah amat berkeyakinan bahawa kesemua rancangan-rancangan di atas mampu membudayakan Al-Quran dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian. Jadi, jangan ketinggalan untuk terus setia bersama TV AlHijrah sepanjang tahun 2020 kerana banyak rancangan baru dan terbaik telah disusun khas untuk sajian penonton.

Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment