Pulau Pinang adalah “rumah” kepada penduduk yang meliputi pelbagai etnik, budaya dan agama. Sebut saja Pulau Pinang, semua rakyat Malaysia akan memikirkan satu perkara iaitu syurga makanan. Untuk food hunter, jom lihat senarai makanan dibawah RM5 yang anda boleh dapatkan di Pulau Pinang.
The Star Coffee Auntie Ang
The Star Coffee Auntie Ang berpengalaman menghasilkan air kopi sejak lebih dari 35 tahun yang lalu. Dengan hanya kurang RM5, anda boleh dapatkan kopi yang kaya, padat dan mempunyai aftertaste yang sangat kuat sama seperti apa yang anda boleh dapatkan di kafe atau restoran mewah. Semuanya tradisional! Tiada mesin mewah atau sebagainya. Susu akan digoncang dalam botol kecil untuk menghasilkan buih dan sentuhan magisnya adalah ukiran “bintang” sebagai signature kopi ini.
Lokasi: 146, Lebuh Noordin, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Beroperasi: 8:00 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)
Waktu Beroperasi: 8:00 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)
Nasi Lemak Ali
Dikenali sebagai nasi lemak terbaik di Pulau Pinang, Nasi Lemak Ali berjaya menarik perhatian orang ramai sejak permulaan operasi mereka. Disini anda boleh melihat bagaimana mereka menyediakan nasi lemak sejak dari awal pagi.
Nasi lemak disini mempunyai pilihan lauk yang berbeza mengikut selera anda. Untuk anda, kami mencadangkan untuk mencuba nasi lemak original. Walaupun bersaiz kecil, tetapi nasi lemak ini pasti memberikan rasa keseronokan buat anda.
Lokasi: Sri Weld Food Court, Beach St, 10200 George Town, Penang
Waktu Beroperasi: 7:00 pagi – 4:00 petang, 7:00 pagi – 12:00 tengahari (Sabtu), Tutup pada Rabu dan Ahad
Waktu Beroperasi: 7:00 pagi – 4:00 petang, 7:00 pagi – 12:00 tengahari (Sabtu), Tutup pada Rabu dan Ahad
Roti Canai Lorong Gemas
Roti Canai dikenali sebagai kegemaran tempatan apabila tiba masanya untuk sarapan pagi. Menurut wiki, dikatakan bahawa makanan ini dibawa dari India oleh Muslim India yang dikenali sebagai “Mamak” di Malaysia.
Roti canai lorong gemas ini agak lain dari yang lain. Roti canai yang mempunyai lapisan luar yang rapuh dan “dibanjiri” dengan kuah kari yang pekat beserta telur mata dan hirisan bawang berkaremal, fuhh ini satu yang mengiurkan!
Lokasi: 51,29 Jalan Gemas, 10460 George Town, Pulau Pinang
Waktu Beroperasi: 7:00 pagi – 10:00 malam, Tutup pada Isnin
Waktu Beroperasi: 7:00 pagi – 10:00 malam, Tutup pada Isnin
Roti Bakar Hutton Lane
Telah beroperasi selama lebih 60 tahun, disini mereka menggunakan roti besar yang dipanggil roti benggali. Anda boleh menikmati roti ini dengan pelbagai cara samada dibakar kosong, disalut dengan telur ataupun dicicah dengan kari ayam.
Murtabak Pejabat Pos Jelutong
Sesetengah daripada kita mengangap murtabak hanya boleh diperolehi ketika Ramadhan bukan? Tidak di Pulau Pinang, salah satu makanan yang anda boleh dapatkan dibawah harga RM5 adalah Murtabak Pejabat Pos Jelutong.
Daging lembu atau daging ayam yang dicincang dimasak bersama bawang, telur dan dibalut dengan lapisan roti seakan roti canai. Hasilnya adalah roti yang rapuh, sedikit kenyal di luar dan sangat flavorful dengan rasa pedas daging yang dimasak sempurna.
Lokasi: Lebuhraya Jelutong, Jelutong, 11600, Georgetown, Pulau Pinang
Waktu Beroperasi: 6:30 petang -11:30 malam
Waktu Beroperasi: 6:30 petang -11:30 malam
Dengan harga dibawah RM5, banyak pilihan yang boleh anda perolehi di Pulau Pinang. Jadi untuk anda yang merancang ke Pulau Pinang, bolehlah masukkan makanan-makanan di atas di dalam senarai perjalanan anda!
Walaupun hidangan ini nampak bersahaja, ia pasti memberikan kepuasan kepada anda! Adalah dinasihatkan untuk tiba sebelum 8:00 pagi kerana sesetengah hidangan sudah habis dijual.
Lokasi: 300, Jalan Phee Choon, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Beroperasi: 5:00 pagi-1:00 petang
Waktu Beroperasi: 5:00 pagi-1:00 petang
Sumber: murai.my
No comments:
Post a Comment