Pramugari Ini Dedahkan Tempat Paling Jijik Dalam Pesawat Yang Penumpang Sering Guna - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

Pramugari Ini Dedahkan Tempat Paling Jijik Dalam Pesawat Yang Penumpang Sering Guna

Ketika kita sedang melancong, perkara paling mustahak yang perlu dijaga adalah aspek kebersihan. Langkah ini dapat memastikan pelancong kekal sihat selama percutian.
Penyelesaiannya, mereka sentiasa membawa pembersih tangan atau tisu alkohol. Mereka juga perlu membasmi beberapa tempat yang paling kotor di dalam penerbangan mereka.
Dalam pesawat memanglah bersih, tetapi tidak bebas dari kuman.

Jangan Sesekali Guna Poket Belakang Kerusi

Terdapat satu perkara yang kebanyakan pelancong boleh terlepas pandang iaitu poket belakang kerusi. Menurut Insider, seorang pengguna Reddit dengan nama HausofDarling yang merupakan seorang kru penerbangan telah mendedahkan beberapa tempat yang paling kotor  di dalam pesawat.
“Saya sentiasa mengesyorkan bahawa anda tidak pernah menggunakan atau meletakkan apa-apa dalam poket belakang kerusi. Nampak memang bersih dari sampah tetapi ia tidak pernah ‘dibersihkan’- katanya.
Menurutnya, ketika pekerja membersihkan poket tempat duduk belakang, mereka biasanya menemui tisu kotor, kantung muntah, seluar dalam, hingga stokin kaki. Kadang-kadang  dijumpai gula-gula getah, atau gula-gula dan buah epal denga bekas gigitan.
Cuba anda bayangkan , seorang penumpang batuk dengan menutupi mulut guna tisu dan bukan terus membuangnya, malah mereka menyelinat kan tisu kotor itu ke poket belakang kerusi.
Kemudian, anda berada di penerbangan seterusnya dan duduk di kerusi yang sama. Anda meletakkan headphone atau telefon bimbit dalam poket itu, supaya selamat. Atau, mungkin anda meletakkan tablet atau komputer riba anda di sana.
Sekarang, anda memegang peranti itu. Sudah tentu, anda mempunyai potensi untuk dijangkiti kuman ke tangan anda atau mungkin muka, mulut dan mata anda. Bahaya kan?
Menurut Insider, ujian telah dijalankan oleh Canadian Broadcasting Corporation pada sandaran kepala pada kerusi penumpang, terdapat bakteri Staphylococcus, E. coli, dan Hemolytic. Poket kerusi belakang positif mengandung bakteri aerob, jamur, coliformdan E.coli.
Cara terbaik untuk memerangi kuman ialah dengan menggunakan sanitizer tangan, menurut satu kajian. Gunakan kain lap disinfektan pada semua permukaan, termasuk kerusi, meja, tali pinggang keledar, sehingga beberapa tempat di kerusi penumpang.
Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment