Penyanyi Nora Ariffin ada menitipkan pesanan buat anak-anaknya andai dia terlebih dahulu pergi mengadap Illahi.
Kongsinya di Instagram, Nora mengharapkan agar permata hati sentiasa mendoakan buat yang telah pergi selain rajin menziarahi pusara insan tersayang.
“Hampir 3 tahun berlalu. Namun pusara arwah Johan sentiasa bersih, segar & bunga2 sentiasa mekar. Nora selalu berpesan kpd anak2, bila mama tak ada nanti.
“Buatlah benda yg sama…selain sentiasa berdoa utk mama, papa & Alif.
“Luangkan masa ziarah kubur org2 yg kita sayang.
Pastikan kubur terjaga….tanda ada org yg datang ziarah….tak salah.
“Selain itu, ia juga mengingatkan kita tentang mati.
Allahuakbar. Moga tenang disana suami tercinta.
Nora sentiasa rindu abang. Al- fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Hanya Satu ini pernah kehilangan dua insan tercintanya sebelum ini.
Suaminya, komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun, akibat serangan jantung.
Sementara anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan pulang ke rahmatullah pada 15 Disember tahun lalu pada usia 20 tahun.
Foto: Instagram Nora Ariffin
Sumber: mediahiburan.my
No comments:
Post a Comment