Orang Luar Dilarang Masuk Ke Masjid Sri Petaling - Hati Kering!

Breaking

Friday, March 13, 2020

Orang Luar Dilarang Masuk Ke Masjid Sri Petaling



KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Masjid Jamek Sri Petaling di ibu kota akan ditutup sementara dalam masa terdekat bagi membolehkan proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sehubungan itu menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tersebut supaya menjalankan ujian saringan dengan segera sekiranya mengalami gejala.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di ruang lobi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini hari ini selepas mengadakan lawatan di wad persediaan untuk menempatkan pesakit COVID-19 di Hospital Sungai Buloh.
Situasi di luar Masjid Jamek Sri Petaling, notis orang luar tidak dibenarkan masuk diletak di pintu masuk masjid
View image on TwitterView image on Twitter
94 people are talking about this

Sumber: Bernama / siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment