COVID-19: Hampir 2 Juta Tempat Duduk Syarikat Penerbangan Akan Terjejas – Pakar - Hati Kering!

Breaking

Friday, March 13, 2020

COVID-19: Hampir 2 Juta Tempat Duduk Syarikat Penerbangan Akan Terjejas – Pakar



LONDON & SINGAPURA, 13 Mac (Bernama) — OAG, pembekal bagi data perjalanan dan wawasan yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan analisis terkini mereka mengenai impak global terhadap koronavirus pada pasaran perjalanan udara.
Larangan perjalanan Eropah ke Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang meluas bagi industri penerbangan global.

Larangan itu akan menjejaskan 10.9% daripada semua penerbangan antarabangsa dan 16.9% daripada semua tempat duduk antarabangsa yang dijadualkan di antara Amerika Syarikat dan negara-negara Schengen.

Secara keseluruhan, 6,747 penerbangan dan kira-kira 2 juta tempat duduk akan terjejas bagi setiap hala dalam tempoh empat minggu akan datang.
Delta dan United Airlines merupakan syarikat penerbangan Amerika Syarikat yang paling terjejas. Bersama-sama, mereka mencakupi 31% daripada penerbangan yang terjejas. Lufthansa adalah merupakan syarikat penerbangan Eropah yang paling terjejas (13%). Negara-negara Eropah yang paling terjejas ialah Jerman, Perancis dan Belanda — yang mana 57% daripada semua penerbangan adalah di antara Kawasan Schengen dan Amerika Syarikat.
“COVID-19 telah menyebabkan gangguan tunggal yang terbesar kepada pasaran perjalanan udara,” kata John Grant, penganalisis kanan penerbangan di OAG.
“Keadaan ini adalah sangat cair, dengan halangan perjalanan, kapasiti dan jadual penerbangan berubah pada setiap hari. Kami menjangkakan jumlah pembatalan yang signifikan dari syarikat-syarikat penerbangan Amerika Syarikat dan Eropah pada hari-hari yang mendatang.”


Melihat ke hadapan kepada kapasiti yang dijadualkan bagi April 2020, setakat 12 Mac, 2020, terdapat pada masa ini 13,169 penerbangan satu hala berjadual dari Eropah ke Amerika Syarikat, termasuk United Kingdom. Negara-negara yang mempunyai penerbangan berjadual yang paling banyak termasuk United Kingdom (4,121 penerbangan), Jerman (1,741 penerbangan), Perancis (1,570 penerbangan), Belanda (1,212 penerbangan) dan Sepanyol (851 penerbangan).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman khusus OAG: https://www.oag.com/coronavirus-airline-schedules-data

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.
Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.
Hubungi
Hubungan Media:
UK & ROW
Katy Ludwell
Pengurus Pemasaran
pressoffice@oag.com
Sumber : OAG
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment