Tanggal 13 Julai 2007 menjadi tarikh istimewa buat pelakon Adam Corrie apabila dia mula memeluk Islam.
Bagaimanapun, ada individu tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon yang sinomim dengan watak antagonis itu yang kini sudah bergelar mualaf.
Malah, individu terbabit telah meluahkan kata-kata kesat menerusi Direct Message (DM) di Instagram Adam.
“Hang ni tak puas hati dengan agama Hindu & Kristian, cari pasal mai sini nak kena jin kalih.
“Hg ni bela jin kelawar. Hg ni tak puas hati dgn sy melawan dgn bangsat. Hg ni apa tak puas hati dgn saya melawan org Islam. “Mai sini nak lawan dgn agama Hindu,” tulis individu berkenaan.
Terkejut menerima mesej berkenaan, Adam atau nama nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah tetap sabar dan menganggap bahawa itu antara ujian dan cabarannya sebagai seorang muaalaf .
“Antara cabaran selepas saya syahadah.. penerimaan masyarakat terhadap saya.
Ini adalah salah seorang si folan terbaru yang saya tidak kenali yang DM saya.
“Itulah cabaran “muallaf” seperti saya. biarlah mereka menyerang kita. Saya doakan mereka diberikan taufik & hidayah. mungkin saya belum cukup sampaikan dakwah kepada mereka yang membenci Islam. .
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu – hujurat :13
“Saya selalu teringat kisah Rasulullah SAW di baling batu oleh masyarkat Thoif. Rasulullah SAW tak marah mereka malah memdoakan kesejahtaraan utk mereka,” luah Adam di ruangan kapsyen.
Foto : Instagram Adam Corrie
Sumber: mediahiburan.my
No comments:
Post a Comment