Abang Dakwa Limpa Adik Rosak & Mungkin Dibuang Akibat Jadi Mangsa Buli Senior - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

Abang Dakwa Limpa Adik Rosak & Mungkin Dibuang Akibat Jadi Mangsa Buli Senior

SEORANG pelajar tahfiz mengalami kecederaan parah di organ hati dan limpa selepas didakwa menjadi mangsa buli oleh senior dalam satu kejadian di sebuah pusat tahfiz.
Abang mangsa mendakwa, kesan daripada buli tersebut, berkemungkinan limpanya akan dibuang dan menyebabkan sistem imunisasi badan gagal berfungsi.
” Adik berkata kepada saya, dia telah dipukul lebih kurang lima hingga tujuh orang.
“Ketika badannya mulai lemah, mereka mengangkatnya dan hempas ke lantai,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam.
Dalam pada itu, dakwa Azrul lagi, pihak keluarganya telah meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun pihak tahfiz mengatakan bahawa sistem CCTV tersebut rosak.
“Bukan adik sahaja yang dipukul, malah ada lagi tiga rakannya turut sama dipukul, cuma kecederaan adik sangat teruk sehingga ditahan wad.
“Laporan polis sudah dibuat. Penjaga pelajar terbabit memohon keluarga kami untuk menarik semula laporan tersebut, namun kami menolak,” dakwanya lagi.
Difahamkan, mangsa kini sedang menjalani rawatan di hospital dan ketujuh-tujuh pelajar tersebut telah ditahan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: siakapkeli

No comments:

Post a Comment