Masak Sendiri Atau Makan Di Luar? Lihat ‘Pro & Cons’ Yang Perlu Anda Tahu - Hati Kering!

Breaking

Monday, March 16, 2020

Masak Sendiri Atau Makan Di Luar? Lihat ‘Pro & Cons’ Yang Perlu Anda Tahu

Rasanya mesti ramai diantara kita yang lebih memilih untuk makan di luar berbanding masak sendiri di rumah dek kerana kekangan masa dan penat seharian bekerja. Mungkin dapur di rumah berasap hanya waktu hujung minggu sahaja.
Ditambah pula dengan viralnya kedai-kedai makan dan restoran yang sentiasa menyajikan makanan yang amat menyelerakan dan akan membangkitkan rasa membuak-buak untuk mencuba.
Aplikasi seperti Grabfood, Foodpanda, DahMakan dan sebagainya yang lagi memudahkan, pesan dengan hanya dihujung jari, makanan dah ada didepan mata.
Sebenarnya masak sendiri atau makan diluar, masing-masing ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri. Di sini, kami kongsikan dengan anda yang mana satu menjadi pilihan.

Masak Sendiri Di Rumah

Babab.Net
  • Kita akan tahu tahap kebersihan makanan dan bahan-bahan yang digunakan serta peralatan yang digunakan juga bersih.
  • Dapat menepati citarasa yang kita inginkan contohnya kalau kita nak lebih pedas, lebih sayur, semua ikut citarasa kita. Senang!
  • Yang paling penting, kita akan rasa kepuasan menikmati makanan kita dan boleh berulang-ulang makan.
  • Dapat makan bersama keluarga sambil berborak tanpa gangguan dari luar dan ini akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
petuamama
  • Masak senidiri adalah lebih jimat dari segi harga bahan mentah dan kuantiti yang nak dimasak, dan dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu lagi memandu dan meredah jalan raya yang sesak.

Makan Di Luar

  • Ada pelbagai menu pilihan yang kita hanya boleh pesan dan makan. Makanan mamak, makanan arab, makanan barat, makanan pantai timur, makanan segera dan macam-macam lagi pilihan makanan. Pilih sahaja yang mana suka. Semuanya ada belaka.
  • Tak perlu susah-susah untuk bersihkan dapur selepas masak, cuci pinggan mangkuk dan kemas semua barang yang digunakan untuk memasak serta perlu kemas meja sebaik habis makan.
  • Tak perlu susah payah nak memikirkan menu apa yang nak dimasak setiap hari.
  • Tak perlu keluar cari bahan mentah, nak buat persiapan penyediaan bahan lagi, masak dan ini akan mengambil masa yang lama untuk makan.
Namun ada juga keburukan jika kita makan di luar contohnya, kurang menepati citarasa kita seperti kurang rasa pedas, kurang garam dan sebagainya, tentu nafsu makan akan terbantut.
Keracunan makanan juga kerap berlaku kerana penyediaan bahan makanan yang dilakukan mungkin dicuci tidak betul-betul bersih atau persekitaran yang kotor. Kos makan diluar juga agak tinggi bagi mereka yang berkeluarga besar.
Via BumBumCak.My
Jadi yang mana satu menjadi pilihan? Tepuk dada tanyalah selera. Pilihan ditangan kita!

Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment