Romantisnya! Selepas 3 Bulan Bergelar Suami Isteri, Farah Nabilah Pilih Maldives Lokasi Bulan Madu - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

Romantisnya! Selepas 3 Bulan Bergelar Suami Isteri, Farah Nabilah Pilih Maldives Lokasi Bulan Madu

Selamat diijabkabulkan pada 20 Disember tahun lalu, pelakon Farah Nabilah dan suami, Mohammed Amirul Yunus kini sedang menikmati percutian bulan madu di Maldives.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek di Instagram miliknya.




Difahamkan, pelakon wanita itu turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 di sana.
Pasangan itu juga turut bergambar di restoran sambil menikmati suasana dasar laut, 5.8 Undersea Restaurant.
Terdahulu, Farah dan Amirul yang merupakan seorang juruterbang diijabkabulkan pada 20 Disember 2019.
Farah turut menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.
Foto : Instagram Farah Nabilah
Sumber : mediahiburan.my

No comments:

Post a Comment