Adik Neelofa, Ameera Khan Jelaskan Punca ‘Senyap’ Dari Media Sosial Tempoh Hari - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

Adik Neelofa, Ameera Khan Jelaskan Punca ‘Senyap’ Dari Media Sosial Tempoh Hari

Adik kepada Neelofa, Ameera Khas tidak mahu mengulas lanjut mengenai ‘kehilangannya’ di media sosial lebih tujuh bulan lalu.
Terdahulu, Ameera mengambil pendirian untuk menyahaktifkan akaun Instagram namun mulai aktif dengan berkongsi perkembangan di platform perkongsian foto berkenaan sejak Februari tahun ini.
Lalu, pelbagai spekulasi bertebaran mengaitkan ‘kehilangan’ figura tersebut, termasuk gosip sudah bertemu teman hidup.
Ameera yang aktif semula di bawah nama @littlemisskhan di IG, bagaimanapun enggan bercerita lanjut.
“Seperti saya memilih untuk tidak bercakap ketika menyahaktifkan akaun IG, begitulah persoalan lain.
“Selama tempoh ‘kehilangan’ itu, saya memang tidak mahu orang tahu apa-apa mengenai diri ini.
“Jadi, tiada sebab saya hendak bercakap atau menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Orang luar tak perlu tahu dan campur tangan dalam kehidupan saya.
“Saya tahu apa yang dibuat… Tidak penting orang di luar ambil tahu,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.
Terdahulu, Ameera ditemui media pada pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri 2020 rekaan Alia Bastamam pada Rabu.
Mahu berehat seketika daripada media sosial, gadis ini mendedahkan dia juga kini bangkit dengan semangat baharu.
“Saya hanya mahu berehat seketika daripada media sosial dan beri masa berkualiti untuk diri sendiri.
“Saya tenang tanpa perlu orang luar atau pengikut memberi komen atau ambil tahu apa yang dibuat.
“Bukan sebab kes buli siber… Itu keputusan yang dibuat bagi membolehkan saya berehat daripada aktif di media sosial. Saya tidak mahu bangun pagi dan muat naik itu dan ini di IG.
“Sepanjang tempoh itu, banyak masa saya habiskan di gimnasium selain bersama keluarga dan ‘partner’,” jelas Ameera yang turut enggan bercerita lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Ameera Khan

No comments:

Post a Comment