COVID-19: Ini Senarai Makanan & Kelengkapan Yang Perlu Ada Sekiranya Malaysia ‘Lockdown’ - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, March 17, 2020

COVID-19: Ini Senarai Makanan & Kelengkapan Yang Perlu Ada Sekiranya Malaysia ‘Lockdown’

Sejak wabak korona baharu (COVID-19) melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa langkah pencegahan telah diambil termasuklah perintah berkurung (lockdown).

Apa Itu Lockdown ?

Sedikit info mengenai ‘Lockdown’ seperti yang dipetik menerusi artikel Wanista, ‘Lockdown’ merupakan situasi di mana rakyat tidak dibenarkan keluar dan pelancong tidak dibenarkan masuk dari sempadan negara sesuka hati atas faktor kecemasan.
Beberapa negara telah menjalankan perintah lockdown kerana khuatir akan penularan virus Covid-19 semakin berleluasa. Antaranya seperti Itali, El Salvador, New Zealand, Poland, Ireland,Denmark termasuk China sendiri yang dikatakan punca asal wabak ini merebak.

Malaysia Ambil Langkah Berjaga-Jaga 

Dalam pada itu, Malaysia yang sehingga artikel ini ditulis sudah mencecah 428 bilangan kes juga sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga. Sesetengah pejabat dan institusi pendidikan telah ditutup buat sementara waktu manakala kerajaan telah mengumumkan sebarang aktiviti luar dibatalkan sehingga penghujung April dan berkemungkinan besar akan dilanjutkan mengikut keadaan dan perkembangan terkini.
Gambar Matteo Biatta/Sintesi/SIPA/Shutterstock (10579360g)
Malah ada juga dakwaan yang mengatakan Malaysia akan turut mengenakan perintah lockdown sekiranya keadaan semakin membimbangkan.
Jika Ya, ingin kami senaraikan jenis makanan dan kelengkapan yang perlu ada di rumah anda sebagai  langkah keselamatan untuk orang ramai tidak keluar ke tempat-tempat yang berisiko selain mengalakkan untuk hanya duduk di rumah. Namun perlu diingatkan tidak perlu sampai panik sehingga tergesa-gesa ke kedai runcit mahupun pasaraya berdekatan untuk dapatkan bekalan. Tidak salah sekiranya sediakan payung sebelum hujan bukan?

Makanan

gambar hiasan
  • Beras
  • Makanan Sejuk Beku (Daging Pejal, Ayam dan sebagainya)
  • Sayuran Yang Tahan Lama (Kubis,lobak merah, pelbagai jenis ubi, bawang, brokoli)
  • Telur
  • Aneka biskut
  • Aneka Makanan Dalam Tin
  • Rempah Ratus (Serbuk dan kering)
  • Aneka Makanan Segera (bihun, mi dan lain-lain)

Kelengkapan Wajib

  • Pembersih Tangan (hand sanitizer)
  • Pencuci Lantai Basmi Kuman
  • Ubat Gigi
  • Ubat-Ubatan
  • Sabun Mandi Basmi Kuman (Dettol, Lifebuoy dan sebagainya)
  • Topeng Muka (pastikan jenis yang bersesuaian)
  • Lain-lain kelengkapkan diri
Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment