Ekoran wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo dikatakan telah mengambil sebuah inisiatif dengan menawarkan beberapa buah hotel miliknya di Portugal untuk dijadikan sebagai hospital.
Nafi Dijadikan Hospital
Tawaran itu dibuat Cristiano selepas wabak itu turut melanda Portugal.Serentak dengan itu, Cristiano bertindak menutup hotel miliknya untuk dijadikan hospital dan petugas perubatan yang menjaga serta membantu pesakit turut menerima elaun khas yang dibayar oleh Ronaldo.
Namun begitu, menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hotel mereka menafikan bahawa hotel-hotel itu telah dijadikan sebuah hospital. Dalam kenyataan tersebut, mereka turut memberitahu hotel tersebut tidak akan sama sekali dijadikan sebagai sebuah hospital dan akan terus beroperasi.
Malah pihak Cristiano sendiri juga tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai ‘tawatan tersebut’
Gesa Orang Ramai Hulur Bantuan
Dalam perkembangan lain,menerusi media sosialnya, pemain Juventus itu menggesa orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Keprihatinan yang ditonjolkan oleh Cristiano bukan sahaja dipuji oleh Kerajaan Sepanyol malah turut menjadi tumpuan dunia kerana menjadi contoh yang terbaik untuk orang ramai. Sebagai info, Cristiano masih lagi dikuarantin di tempat kelahirannya, Madeira selepas rakan pasukannya disahkan positif wabak tersebut.
Sumber: murai.my
No comments:
Post a Comment