Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa syukur apabila dapat memiliki sebuah rumah baru hasil titik peluhnya sendiri.
Dalam masa sama, pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu turut menasihati agar sentiasa bersyukur atas setiap pemberian dari Pencipta.
“Bersangka baik dengan Allah, sabar itu indah.
“Alhamdulillah syukur. Satu persatu Allah makbulkan doa sy. Doa 10 tahun lepas pun di makbulkan pada tahun ni. Kenapa?
“Sy percaya bila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan makbulkan doa kita. Goodluck sayang @deenaemir dengan @qaabilabeauty. Dan mari usaha dengan @juzfitofficial. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Saharul pada masa sama turut mendoakan agar rezeki tahun ini terus dimurahkan oleh Yang Maha Esa.
“Semoga tahun 2020 ni, makin meriah dengan rezeki dari Allah.
“Cukupkan lah segala rezeki yang Kau beri. Jauhkanlah istidraj. Amin Ya Rabb.
“P/s: Jangan doa je semata, tapi semua yang wajib kita abaikan, yang dilarang kita dekatkan. Semoga kita semua dilindungi Allah. Amin,” tulisnya.
Menerusi foto tersebut, Saharul bersama isteri dan anaknya sedang bergambar dengan berlatarbelakangkan ruang bahagian kediaman barunya itu.
Untuk rekod, Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan Muhammad Luth Ali, 3 tahun.
Malah, Deena kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bersalin pertengahan Mei depan.
foto family 3
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Sumber: mediahiburan.my
No comments:
Post a Comment