Pesakit Covid-19 Tanpa Simptom Mungkin Akan Sebarkan Lebih Banyak Virus- Kajian - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, March 17, 2020

Pesakit Covid-19 Tanpa Simptom Mungkin Akan Sebarkan Lebih Banyak Virus- Kajian



Kajian terbaharu di beberapa negara termasuk di Massachusetts, Amerika Syarikat yang merekodkan pertambahan kes yang banyak telah menimbulkan persoalan oleh pegawai di AS tentang bagaimana cara penyebaran virus tersebut.
Sebekum ini, para pegawai yang melakukan penyiasatan telah memberi penekanan bahawa virus itu tersebar melalui individu yang menunjukkan gejala seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas.
Ianya membawa berita baik di mana individu yang sakit berdasarkan gejala tersebut boleh dikenalpasti dan dikuarantin sekaligus memudahkan kerajaan untuk mengawal penularannya.
Namun begitu, sebaliknya berlaku apabila  sekurang-kurangnya 82 kes jangkitan yang berlaku di Massachusetts telah dimulakan oleh mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
Lebih memburukkan, lebih daripada setengah kajian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa individu yang mengalami jangkitan tanpa simptom menyebabkan jumlah mereka yang dijangkiti menjadi lebih besar.
Penyelaras bahagian Covid-19, Dr. Deborah Birx berkata, jangkitan tanpa gejala boleh menyebabkan risiko yang lebih serius.
”Sehingga anda benar-benar memahami berapa ramai orang yang tidak menunjukkan sebarang simptom boleh menyebarkan virus itu, kami fikir adalah lebih baik bagi seluruh rakyat Amerika untuk mengetahui bahawa risiko penyakit yang serius mungkin rendah, tetapi mereka berpotensi menyebarkan virus kepada yang lain,” katanya.
Sumber: CNN

No comments:

Post a Comment