Dah nama pun backpacker, semestinya sangat sinonim dengan bajet perjalanan murah. Dari pengangkutan, penginapan, juga makanan, kebiasaannya bagai backpacker, mereka tidak memerlukan apa-apa yang mewah, apa yang penting, selamat samapai di sana dan selesa.
Baru-baru ini, sebuah kumpulan insurans yang berpangkalan di UK, Alpha Travel, mengeluarkan laporannya mengenai negara termurah untuk pelancong bajet seperti backpacker.
Dilaporkan oleh Lonely Planet, Alpha Travel menyusun senarai ini dengan mengumpulkan pelbagai maklumat dari pelbagai bandar di Asia.Maklumat ini termasuk kos purata penginapan per malam di asrama, dua kali perjalanan dengan pengangkutan awam, tiga porsi makanan dalam sehari, satu tiket untuk melawat tarikan pelancongan, dan tiga botol bir tempatan (Yang ini haram untuk orang muslim).
Hanoi Paling Murah
Dari penyelidikan itu didapati bandar Hanoi di Vietnam menjadi juara sebagai negara termurah untuk backpacker. Di Hanoi, kos minimum yang dibelanjakan sekitar 18.30 dolar AS.
Beralih ke arah selatan, di Ho Chi Minh City, anda perlu menambah sedikit untuk anggaran minimum harian anda untuk perjalanan, iaitu 19.48 dollar AS atau setara dengan RM79. Di bawah Ho Chi Minh, terdapat Bandar Yangon di Myanmar, di bandar itu, backpacker memerlukan US$ 20.10 per hari.
Kemudian, di manakah bandar paling mahal untuk backpackers? Masih berdasarkan data yang sama, Kota Tokyo di Jepun adalah yang paling mahal di kalangan semua negara di Asia.
Untuk dapat bertahan di Tokyo, backpacker harus bersedia dengan bajet sekurang-kurangnya 72.58 dolar AS per hari, atau sekitar RM295. Mahal kan?
Kuala Lumpur?
Agak mengecewakan, di Kuala Lumpur berada di dalam kelompok 10 bandar termahal. Alpha Travel menyatakan bahawa backpackers perlu menghabiskan sekitar 29.30 dolar AS atau sekitar RM119.10 per hari. Manakan tidak, tiket nak masuk tengok haiwan-haiwan di Zoo Negara pun dah hampir mencecah RM80 untuk pelancong asing.
Tokyo Paling Mahal
Kemudian, di manakah bandar paling mahal untuk backpackers? Masih berdasarkan data yang sama, Kota Tokyo di Jepun adalah yang paling mahal di kalangan semua negara di Asia.
Untuk melihat senarai penuh dalam laporan tersebut, berikut merangkumi 20 bandaraya termurah dari pelbagai negara di Asia untuk backpacker.
- Hanoi, Vietnam (US $18.30= RM74.39)
- Vientiane, Laos (US $18.94 = RM76.99 )
- Ho Chi Minh City, Vietnam (US $19.48 = RM80.40)
- Yangon, Myanmar ( US $20.10 = RM81.70)
- Pokhara, Nepal (US $20.24 = RM82.27)
- Hoi An, Vietnam (US $21.22 = RM86.26)
- Chiang Mai, Thailand (US $21.40 = RM86.99)
- New Delhi, India (US $22.20 = RM90.24)
- Phnom Penh, Kemboja (US $22.23 = RM90.36)
- Colombo, Sri Lanka (US $23.13 = RM94.02)
- Kathmandu, Nepal (US $23.34 = RM94.87)
- Jakarta, Indonesia (US $24.73 = RM100.52)
- Luang Prabang, Laos (US $ 25 = RM101.62)
- Manila, Filipina (US $25.13 = RM102.15)
- Goa, India (US $25.19 = RM102.39)
- Sieam Reap, Kemboja (US $ 26 = RM105.68)
- Kuta, Bali, Indonesia (US $ 27.85 = RM113.20)
- Bangkok, Thailand (US $28.02 = RM113.90 )
- Xi’an, China (US $ 30 = RM121.94)
- Taipei, Taiwan (US $30.92 = RM125.68)
Sumber: murai.my
No comments:
Post a Comment