Dulu Nama Lain! Jom Semak Nama Asal 5 Tempat Popular Ini - Hati Kering!

Breaking

Monday, March 16, 2020

Dulu Nama Lain! Jom Semak Nama Asal 5 Tempat Popular Ini

Rasanya semua rakyat tahu yang dulunya pada zaman nenek moyang kita dulu Malaysia dipanggil Tanah Melayu. Dalam jurnal penjajah british juga memanggil sebagai Kepulauan Melayu kerana penduduk asalnya adalah orang melayu.
Pada abad ke-19, orang-orang cina dan india dari tanah asal mereka telah berhijrah ke tanah melayu untuk bekerja dan menetap di sini. Semasa mencapai kemerdekaan, ‘Tanah Melayu’ telah ditukarkan kepada nama yang lebih komersial iaitu ‘Malaysia”.
Selain daripada tanah melayu yang telah ditukarkan kepada nama Malaysia, terdapat juga tempat-tempat dalam Malaysia yang juga ditukarkan nama atas sebab-sebab yang tertentu.

1Bestari Jaya, dulunya ialah Batang Berjuntai

Bestari Jaya yang dahulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kuala Selangor. Kawasan ini pernah mempunyai landasan keretapi antara Batang berjuntai dengan Batu Arang dan ke laluan utama landasan keretapi melayu di Kuang. Laluan tersebut telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang perang dunia kedua dan tidak pernah dibina semula.
Pada tahun 2007, kerajaan negeri Selangor secara rasminya telah membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya. Ini adalah kerana ingin menjaga nama tempat tersebut supaya masyarakat tidak menyalahertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh kerana istilah ‘Batang Berjuntai’ sering dikonotasikan dengan ‘penis’.

2 Kampung Abdullah Hukum yang ditukar kepada KL Eco City

YouTube
Nama Kampung Abdullah Hukum diambil dari nama Haji Abdullah Bin Abdul Rahim, salah seorang orang yang terpenting yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Kuala Lumpur. Beliau adalah ketua yang membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang, kebun di Bukit Nanas dan kawasan Sungai Putih yang dikenali sebagai Jalan Bangsar dan kawasan sekitar Sungai Putih pula ialah kampung melayu yang dinamakan sempena nama beliau, Kampung Abdullah Hukum.
Kampung Abdullah Hukum ditukar kepada nama KL Eco City, sekaligus menjadi penanda aras baru pembangunan komersial yang akan menjadikan Malaysia lebih membangun pesat dan ternama di seluruh dunia. Selari dengan panggilan moden dan glamor.

3Pantai Cahaya Bulan yang dulunya ialah Pantai Cinta Berahi

HolidayGoGoGo
Pantai Cahaya Bulan adalah salah satu pantai yang terkenal di Kelantan. Tempat ini dulunya adalah tempat pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British. Pantai ini dulu lebih dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi sebelum ianya ditukar kepada nama Pantai Cahaya Bulan.
Ianya ditukar kerana nama Pantai Cinta Berahi kurang manis didengar dan disebut dimana perkataan berahi yang sering dikaitkan dengan perkataan berahi yang meluap-luap atau dengan perkataan lain ialah sifat yang buruk atau negatif.
Walaupun telah ditukar nama, namun ramai lagi penduduk tempatan yang masih lagi memanggil pantai ini dengan nama Pantai Cinta Berahi atau lebih suka memanggil pantai ini sebagai PCB.

4Pelabuhan Klang dulunya ialah Pelabuhan Swettenham

wikipedia
Pelabuhan Swettenham ini dibuka sejak 120 tahun yang lalu, diambil dari nama Sir Frank Swettenham, iaitu seorang Residen General bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu.
Beliau adalah seorang yang sangat fasih berbahasa melayu  sehingga beliau menghasilkan kamus “Vocabulary of the English and Malay Languange“. Selama lebih 72 tahun menggunakan nama Port Swettenham, akhirnya Pada 12 Januari 1972, Pelabuhan Swettenham telah ditukar nama ke Pelabuhan Klang. Ianya adalah antara 20 pelabuhan utama yang tertinggi di dunia!

5Kota Kinabalu dulunya ialah Jesselton

www.mountkinabalu.com
Kota Kinabalu ialah ibu kota bagi negeri Sabah. Tapi mesti ada yang masuh belum tahu bahawa tempat ini asalnya ialah sebuah perkampungan kecil yang diberi nama Deasoka, kemudian bertukar kepada Singgah Mata dan kemudiannya pula dipanggil Api-Api.
Sir Charles Jessel adalah pegawai british yang memberi nama Jesselton sebagai pusat pentadbiran baru yang menggantikan pusat pentadbiran lama di Pulau Gaya dan sebagai pusat perdagangan utama di Borneo Utara. Selepas merdeka dan Sabah masuk dalam penubuhan Malaysia, nama Jesselton ditukar kepada nama Kota Kinabalu yang diambil daripada Gunung Kinabali, iaitu gunung yang tertinggi di Malaysia.
Adakah generasi akan datang akan ingat lagi sejarah negara kalau banyak sangat tempat yang sudah ditukar nama atas sebab pembangunan yang lebih moden? Dan wajarkah ini berlaku atau kita patut kekalkan dengan nama asal?

Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment