COVID-19: Louis Vuitton Hasilkan Produk ‘Hand Sanitizer’ Sendiri - Hati Kering!

Breaking

Tuesday, March 17, 2020

COVID-19: Louis Vuitton Hasilkan Produk ‘Hand Sanitizer’ Sendiri

LVMH, sebuah syarikat fesyen yang memiliki jenama mewah seperti Louis VuittonChristian Dior, Givenchy, mula mengeluarkan hand sanitiser atau pembersih tangan  untuk mencegah penyebaran virus COVID-19. Syarikat ini menggunakan fasiliti pembuatan minyak wangi di Perancis.
“LVMH akan menggunakan rangkaian pengeluaran parfum dan jenama kosmetiknya untuk menghasilkan gel hidro-alkohol yang banyak bermula hari Isnin,” kata LVMH dalam satu kenyataan.
“Gel ini akan dihantar secara percuma kepada pihak berkuasa kesihatan.”
Syarikat itu akan menukarkan tiga fasiliti pembuatan parfum untuk membuat sanitizer tangan. Kemudahan ini biasanya digunakan untuk menghasilkan jenama Guerlain, Dior, dan Givenchy.
Via Manila Bulletin Lifestyle
Dilaporkan oleh BBC, penghantaran pertama pembersih dijangka bermula pada hari Isnin. Pada mulanya, LVMH akan menghasilkan 12 tan gel hidro-alkohol.
Seperti yang diketahui, sanitizer tangan berasaskan alkohol telah menjadi barang yang laris diluar jangkaan sejak merebaknya COVID-19.
LVMH, yang berpangkalan di Paris, Perancis, turut mengambil bahagian dalam usaha untuk mengurangkan wvirus ini. Virus COVID-19 kini memberi kesan kepada banyak negara di Eropah, termasuk Perancis. Hujung minggu ini, Perancis menutup semua perniagaan yang tidak penting termasuk restoran, bar, kafe dan teater.


Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment