Aliff Syukri Bakal Lancar Single Terbaharu!!! - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

Aliff Syukri Bakal Lancar Single Terbaharu!!!

Biarpun ketika ini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dihimpit dengan kontroversi namun itu tidak membuatkan dia terus jatuh. Sebaliknya, Aliff menerusi laman Instagram nya mengumumkan akan lancar sebuah single terbaharunya dalam masa terdekat.

Lagu Tentang Perasaan

Kongsi Aliff, lagu tersebut menceritakan mengenai perasaannya ketika ini selepas difitnah dan dikecam teruk oleh warganet. Redha dengan ketentuan itu Aliff menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa dan memaafkan semua pihak yang selama ini cuba menjatuhkannya.
“lagu baru teaser saya.ketika saya di fitnah orang mengecam melampau-lampau dan saya terdiam bukan sebab bersalah tetapi biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas.kalau bukan salah saya biarkan korang tanggung nanti.Saya sedih,apa pun saya maafkan sahaja.”
https://www.instagram.com/p/B9jtdLCpfbq/

Henti Spekulasi 

Dalam perkembangan lain, menerusi perkongsian di laman Insta Story pula Aliff telah menitipkan pesanan buat orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan nama baiknya.
Jelasnya, dia tidak akan menjawab segala tohmahan dan komen mengenai ‘isu tersebut; memandangkan kes siasatan masih belum selesai.
“Saya dalam keadaan tersepit, saya harap anda kat luar sana tunggu penjelasan daripada saya. Sekian terima kasih,”
Terdahulu, usahawan ini dikaitkan dengan dakwaan memukul anak angkatnya, Ameena berusia dua tahun selepas salah seorang pembantu rumahnya membuat laporan. Bagaimanapun, Aliff dibebaskan dengan jaminan polis da siasatan masih dijalanakan.

Sumber: murai.my

No comments:

Post a Comment