(Video) Pengalaman Unik Baru, Pelancong Kini Boleh Naik Perahu Kolek Berhias Di Kampung Nelayan Pulau Gajah - Hati Kering!

Breaking

Thursday, March 12, 2020

(Video) Pengalaman Unik Baru, Pelancong Kini Boleh Naik Perahu Kolek Berhias Di Kampung Nelayan Pulau Gajah

Para pelancong kini boleh menikmati pengalaman unik menaiki kolek berhias menyusuri sungai.
Kolek atau sampan di Kampung Nelayan Pulau Gajah ini disobek (dilakar) dengan lukisan bermotifkan corak kerawang flora dan fauna.
Menurut Nik Ruzulaili bin Nik Yusuf, Ketua Jaringan Perikanan tempatan, pelancong boleh menaiki kolek dan menikmati keindahan sepanjang sungai hingga ke Cerana.
“Pelawat boleh berhenti makan di pasar terapung (setiap Sabtu), membeli nira dan singgah ke Masjid Ar-Rahman sebelum kembali ke pangkalan (Pasar Nelayan LKIM),” katanya.
Sewa untuk perjalanan dua hala (4 kilometer pergi balik) adalah RM400 untuk sebuah kolek yang boleh dinaiki sehingga 10 orang.
Disebabkan nelayan menggunakan kolek yang sama untuk menangkap ikan, pelancong yang ingin menaiki kolek perlu membuat tempahan lebih awal.
Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh berhubung dengan Nik Ruzulaili di talian 0199405656.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Balai Seni Negara dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah mengadakan program Kemakmuran Seni Bersama Komuniti di sini.
Lebih 30 buah kolek milik nelayan tempatan dipamerkan dalam program ini.
Acara ini turut diserikan dengan demonstrasi pembuatan keris, demonstrasi masakan, pertandingan mewarna, pameran kraftangan dan lain-lain.

Sumber : siakapkeli.my


No comments:

Post a Comment